Wednesday, June 15, 2011
update untuk show kami di plaza low yat pada 19 jun ini
salam semua. kali ni nk kasi info sikit psl show kitorg dkt plaza low yat pda ahad ni,19 jun jam 6.00 ptg. mai la dtg beramai2 kat event ni. msuk free beb. haha. ramai jgk yg tnye event ape bende ni, so aku kasi preview sikit psal event ni.
event ni nme die FETE DE LA MUSIQUE atau dlm bhse inggeris bermaksud 'Make Music'. event ini dianjurkan oleh HELP College. event ni ade 2 stage yg mne 1 stage dkt The Curve dan 1 lg dkt Plaza Low Yat. event ni mengabungkan para pemuzik dari seluruh negara tak kira sama ade dari kalangan amatur atau pun profesional. tujuan utama event ini adalah untuk mengumpul para pemuzik sama ada dari kalangan amatur ataupun profesional untuk bermain dijalanan. bila aku ckp pemuzik bkn bermaksud ade band je tp ade jgk persembahan lain mcm artis solo, dance(menari), beat box, bermain guitar secara solo serta mcm2 lg la. event ni berlansung selama 12 jam iaitu 10 pg - 10 mlm dan yg menariknya, event ni dijalan kan di kebanyakan negara di seluruh dunia pda masa yg sama.
utk yg tnye psal flyers tu sorry sgt2 sbab ape yg aku tau mmg xde flyers utk event ni dan kalau ade aku update cpt2 k. so kalau korg tnye spe lg main aku sendiri pon xtau. haha. tp aku dgr cter band otai mcm One Buck Short pon main tp aku xsure la diorg main stage yg mne or pkul bpe diorg main. so korg dtg ramai2, lpk chill kat situ smbl lyn performance dr rmai pemuzik yg hbt2 smpai lebam k. haha. tp ingat jgn timbulkan kekecohan plak lg2 yg berkaitan isu perkauman sbab yg ade kat situ nnt bkn 1 kaum je. ade mcm2 org so kite same2 jge kelakuan msing2 k.
kalau nk tau lebih lanjut korg boleh bkak laman web ni HELP College atau bkak facebook utk event ni http://www.facebook.com/fdlmmsia?sk=info :)
amirx : korang jgn lpe plak kitorg main nnt pkul 6 ptg. so jmpe korng kat sne ahad ni 19 jun kat plaza low yat k. msuk free. ajak reramai sikit :)
Tuesday, June 14, 2011
AUKU dijadikan senjata untuk merantai mahasiswa !
Firstly aku nk bg tau apebende AUKU ni.mungkin rmai yg xtau or mmg malas nk ambik tau. tp realitinya AUKU atau Akta Universiti dan Kolej Universiti ni telah wujud sejak diluluskan oleh parlimen pada thun 1971. lme tu bro. haha. akta bodoh ni digunakan oleh kerajaan bg menyekat kebebasan bersuara serta menghalang mahasiswa dr melibatkan diri didalam kancah politik malaysia.
Mengapa AUKU ini digubal dan siapa dalang disebalik AUKU? soalan yg bagus.
AUKU ni digubal sbb pd mse tu banyak pertubuhan mahasiswa melibatkan diri secara lansung dlm kancah politik malaysia. terutama skali PMUM(Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya) yg telah terlibat secara lansung dlm kancah politik malaysia serta telah mengeluarkan Manifesto Pelajar dimana pandangan2 mahasiswa serta generasi muda telah dikumpul dan dikeluarkan bg menjamin keadilan bg rakyat. Manifesto yg dikeluarkan telah mendapat maklum balas yg baik dikalangan rakyat dan hal ini telah menggugat parti pemerintah ketika itu yakni United Malay National Organisation(UMNO) serta Perikatan.
Mahasiswa juga telah mengadakan rapat umum pada pilihanraya 1969 yg mana jumlah hadirin yg hadir pd rapat umum yg mereka lakukan di Pulau Pinang tlh mengatasi rapat2 umum yg dilakukan oleh parti2 politik sendiri terutama dipihak kerajaan. Pandangan mahasiswa lebih diterima pakai kerana mereka tidak menyebelahi mne2 parti politik serta mereka tidak mengeluarkan pendapat bg kepentingan peribadi.
Para aktivis mahasiswa pada mulanya tidak mengendahkan akta ini dan terus melakukan aktiviti kemasyarakatan malah akhbar mahasiswa seperti Suara Siswa dan Gema Siswa terus dicetak. Kemuncaknya pda kegawatan ekonomi 1974, di Kedah para petani miskin khususnya telah bangkit melakukan demonstrasi di Baling dan para gerakan mahasiswa telah ikut serta dlm demonstrasi ini. akibatnye rmai la aktivis mahasiswa ditangkap dan dihukum menggunakan AUKU serta ade yg ditahan di bwh ISA(internal security act).
Hari ini, segelintir mahasiswa yg telah sedar akan perkara ini telah bangkit menentang akta kejam ini. wlaupun rmai yg telah dikenakan tindakan tetapi ia xpernah memadamkan semangat mahasiswa untuk terus bangkit dr kelayuan serta kesedaran tentang perkara ini. Kami sendiri yg semuanya adalah mahasiswa di universiti serta universiti kolej menentang akta sampah ini. kami menyeru agar mahasiswa bangun dr terus layu.
gerakan mahasiswa bantah AUKU
sedikit sebnyak isi kandungan yg terdapat didalam AUKU(Akta Universiti dan Kolej Universiti) :
SUDAH TIBA MASANYA AUKU DIMANSUHKAN !
sedikit sebnyak isi kandungan yg terdapat didalam AUKU(Akta Universiti dan Kolej Universiti) :
-Tiada pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar boleh, tanpa kebenaran terdahulu Naib Canselor, mengadakan, menganjurkan, atau memanggil, atau menyebabkan supaya diadakan, dianjurkan, atau dipanggil atau dalam apa-apa cara, terlibat dalam pengadaan, penganjuran, atau pemanggilan, atau menyebabkan supaya diadakan, dianjurkan, atau dipanggil atau, dalam apa-apa cara terlibat dalam melakukan apa-apa perbuatan untuk mengadakan, menganjurkan, atau memanggil, apa-apa perhimpunan yang lebih daripada lima orang dalam mana-mana bahagian Kampus atau atas mana-mana tanah atau dalam mana-mana bangunan yang dipunyai oleh atau di bawah milikan atau kawalan Universiti atau yang digunakan bagi maksud Universiti.
Dalam memberi kebenaran yang tersebut dalam subkaedah (1), Naib Canselor boleh mengenakan apa-apa sekatan, terma atau syarat yang disifatkannya perlu atau sesuai.
Dalam memberi kebenaran yang tersebut dalam subkaedah (1), Naib Canselor boleh mengenakan apa-apa sekatan, terma atau syarat yang disifatkannya perlu atau sesuai.
-Tiada pelajar boleh menghadiri atau menyertai sesuatu perhimpunan yang diadakan yang berlanggaran dengan perkara di atas.
-Tiada pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar boleh memiliki, atau menggunakan, atau mempunyai dalam milikan, jagaan atau kawalan pelajar atau pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar, bagi maksud ucapan awam, apa-apa pembesar suara, pelaung suara, penguat suara atau alat-alat serupa lain tanpa kelulusan terdahulu Naib Canselor.
Tiada pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar boleh membuat atau menyebabkan supaya dibuat atau melakukan apa-apa perbuatan untuk membuat atau menyebabkan supaya dibuat; mengibar, mempamer, menunjukkan atau dalam apa-apa cara menggunakan, atau menyebabkan supaya dikibar, dipamer, ditunjukkan atau dalam apa-apa cara menggunakan; atau memiliki atau mempunyai dalam milikan, jagaan atau kawalan pelajar atau pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar, apa-apa bendera, sepanduk, plakad, poster, lambang atau alat lain yang membawa kepada keadaan tidak berdisiplin, kekacauan, keingkaran atau pelanggaran Kaedah-Kaedah ini.
*kandungan AUKU dipetik dari http://komentar.tripod.com/mahasiswataring.htm
amirx : mahasiswa perlu bangkit!
jom checkout lirik lgu kitorg
ok ni lirik lagu 'Melangkah Kedepan'. lirik ni based on ape yg kitorg cuba utk perjuangkan. kami cuba untuk menerapkan rasa benci kepada perkauman, permusuhan sesama sendiri, peperangan yang meragut jutaan nyawa yg xberdosa, serta perasaan ingin melihat dunia menjadi lebih baik.enjoy :)
Project Alice - Melangkah ke depan
Aku bencikan keganasan dan permusuhan
Dan ku bencikan peperangan hentikan pembunuhan
Buangkan keegoan hindarkan perbalahan
Hentikan peperangan melangkahlah kedepan
Dan ku impikan dunia
Bebas dari bencana
*chorus
Ooo
Kembalikan dunia keamanan
Ooo
Kembalikan kemanusiaan
Mungkin inilah permulaan untuk kita hadapkan
Segala bentuk kemusnahan akan kita hentikan
Bangkitkan keazaman hapuskan perbezaan
Hidupkan kedamaian melangkahlah kedepan
Dan ku mimpikan dunia
Bebas dari bencana
Ulang *chorus 2x
ni plak lirik lagu 'Tetap Berdiri'. ade sedikit sebanyak makna tersirat dlm lgu ni.fhmkan :)
Project Alice - Tetap berdiri
Aku tetap berdiri disini tetap takkan berhenti
Menentang arah yang kau kaburi apa pun yang terjadi
Menanti revolusi bangkitlah generasi
Biarkan konfrontasi akan kita atasi
Dan ku kan terus berlari
Apa pun yang kan aku hadapi
Bangunlah generasi
~chorus~
Bangun melangkah kedepan
Hentikan permusuhan
Dunia dan kemanan
Hentikan peperangan
Biar apa pun yang kan terjadi akan kita hadapi
Semuanya kan berakhir disini dan kini kusedari
Pemerintahan dunia baru semuanya hanya palsu
Kan ku hancur langkahmu generasi kan bersatu
Ku kan terus berlari
Biar pun apa yang ku hadapi
Bangunlah generasi
Ulang chorus
amirx : kami akan update lirik lgu yang lain lps ni ok :)
demi rakyat dude :)
ok yang ni aku nk kongsi video yang berguna untuk rakyat dari rakyat.enjoy :)
its time for a change dude. sampai bila negara malaysia terus menjadi negara kroni? aku tak kesah pon siapa yang akan memerintah malaysia kelak. tapi kepada pihak yang bertanggungjawab, sila lah dengar keluhan rakyat. kalau kita berjuang bermati-matian untuk menukar kerajaan pon, tp kerajaan baru masih menjalankan sistem yang same, ape gnenye kan bro? aku paling sokong bila diorg sebut psl mahasiswa dan isu politik sempit. korupsi harus dihentikan! kerajaan harus mencari jalan yang lebih baik dari memotong subsidi. rmh kroni berharga berjuta-juta ringgit tp subsidi masih dipotong. yang kaya raya mungkin tidak terasa tp mcm mne plak dgn rakyat yang hdup miskin? rakyat harus diberikan kebebasan bersuara. tp bkn bermakna kebebasan dlm memainkan isu agama dan perkauman. maksud aku kebebasan mengkritik serta meluahkan rse tidak puas hati terhadap satu2 perkara. ni kalau hari2 main isu lucah aku pon naik muak. haha. kalau smua ni dapat dilakukan serta kesalahan dan kesilapan dlm pentadbiran dpt diperbetulkan, mungkin kerajaan tidak perlu ditukar. tp klau tiada perubahan dan kerajaan masih mengamalkan sistem yang sama dalam pentadbiran, rakyat akan bangkit. :)
amirx : korang boleh checkout laman web demi rakyat kat sini http://demirakyat.org/ :)
Monday, June 13, 2011
rasisme dan malaysia
kami sememangnya tidak menyokong fahaman rasisme dan akan menentang segala bentuk tekanan yang diberikan yang berteraskan fahaman rasisme. ape itu rasisme?rasisme juga disebut 'racism' secara ringkasnya rasisme adalah fahaman yang mendiskriminasi golongan manusia yang berlainan etnik dan kaum. sebagai contoh dimalaysia terdapat pelbagai kaum contohnya melayu, cina dan india. isu rasisme sepatutnya tidak perlu dimainkan lebih-lebih lg dimedia arus perdana. ini akan menyebabkan persepsi masyarakat yang duduk didalam komuniti berbilang kaum akan menjadi rosak serta bakal menimbulkan huru hara. malah didalam islam sendiri mengharamkan perjuangan berteraskan semangat assabiyyah. kerana begitu taksub dengan satu2 parti politik(sebagai contoh), sesetengah individu itu dengan mudahnya memutarkan isu rasisme yang menyebabkan timbulnya ketegangan di antara kaum. mengapa semangat perkauman harus dipertahankan? kita tidak pernah diajar untuk membenci diantara satu sama lain, tidak perlu bertelagah. love music and stop racism ok :)
amirx : sje aku tulis pakai ayat formal.haha
BIODATA PROJECT ALICE !
Project Alice is originally a punk-rock band from balakong, cheras, formed at the end of 2003. The line-up consist of Amirx(lead vocals), Nuar(lead guitar), Umar(rythm guitar, backing vocals), Syafiq(bass guitar, backing vocals), and Lukman(drums). Project Alice is supporting anti-war activitism. They also against the racism,corruption,nwo,secularism,homosexuality and drugs.
They start writing peace song since amirx joining them to take place as a lead singer and as a lyricist at the end of 2006 and they keep fighting against several major issue including war,corruption and racism until today.
MEMBERS BAND :
amirx (vox)
kecik (1st guitar)
umar (2nd guitar)
syafiq (bass)
lukman (drum)
promoting team:
MOHD SYAWAL
GENRE BAND:
Current Location:
kuala lumpur
Booking Agent:
0177360897 (amirx) (kakimusika@yahoo.com)
They start writing peace song since amirx joining them to take place as a lead singer and as a lyricist at the end of 2006 and they keep fighting against several major issue including war,corruption and racism until today.
MEMBERS BAND :
amirx (vox)
kecik (1st guitar)
umar (2nd guitar)
syafiq (bass)
lukman (drum)
promoting team:
MOHD SYAWAL
GENRE BAND:
alternatif/pop punk |
Current Location:
kuala lumpur
Booking Agent:
0177360897 (amirx) (kakimusika@yahoo.com)
Website: |
---|
Subscribe to:
Posts (Atom)