Wednesday, June 15, 2011

perhimpunan aman Bersih 2.0 di kuala lumpur 9 julai ini!



haa kali ni kitorg nk kasi info sikit pasal perhimpunan yang akan diadakan pada 9 julai ini di kuala lumpur. perhimpunan aman Bersih yg pertama tlah berlansung pda 10 november 2007 dan telah dihadiri hampir 100 000 org. perhimpunan bersih yg pertama telah mendapat liputan dari agensi berita timur tengah yg memiliki pusat penyiaran di kuala lumpur. perhimpunan ini dipelopori oleh pihak pembangkang serta ngo(non-government organisation) kat malaysia.



perhimpunan ini telah mendapat liputan yg meluas dr bloggers2 pro dan kontra kerajaan di seluruh malaysia. pihak kerajaan telah memberi amaran yg mne sesiapa yg hadir pada perhimpunan bersih ini dgn memakai bju kuning(warna rasmi bersih) akan ditangkap. tp hal ini tidak melunturkan semangat rakyat yg telah muak dgn sistem korupsi yg ada di malaysia. jom kite tgk ape sebenarnye tuntutan utama yg ade dlm perhimpunan bersih ni :

1. Penyemakan semula daftar pemilih yang lengkap demi memastikan segala kesalahan dan ketempangan yang sedia ada dapat dihapuskan;
2. Penggunaan dakwat kekal untuk menghalang pengundian berganda;
3. Pemansuhan sistem pengundian pos kecuali untuk para diplomat dan pengundi lain di luar negara;
4. Akses media yang adil kepada semua pihak dalam pilihanraya supaya semua parti politik boleh menjelaskan dasar dan manifesto mereka kepada rakyat Malaysia.


yg num 4 tu mmg aku sokong sgt. media kat malaysia ni mmg seharusnya bersikap lebih natural. 2-2 belah pihak tdk kira dr kerajaan atau pembangkang harus diberikan ruang yg sme didalam media. kitorg sememangnya menyokong perhimpunan ini dan berharap dgn adenye nye perhimpunan ini akan dpt membuka mate pihak kerajaan agar berhati-hati sebelum melakukan sebarang tindakan. skang ni korg pon tgk berita, hari2 cerite psl video lucah, naik muak aku tgk berita. berita mcm ni ke yg kerajaan nk jaja utk rakyat? rakyat akan terus bgn dan lwn segala tindak tanduk kerajaan yg slh dan xkan membiarkan sistem korupsi ini terus bermaharaja lela. bkn kami yg menyuruh anda untuk terlibat didalam dunia politik. jd anda seharusnya menunaikan tggung jawab sebagai pemimpin yg dipilih oleh rakyat. buangkan sifat buruk, kalau nk kaye raye jd businessman bkn jd org politik.



harapan kami agar perhimpunan ini dpt berjalan dgn lancar dan berharap peserta tidak melakukan sebarang keganasan atau kerosakan ataupun merosakkan kemudahan awam. di harap agar semua menjaga tingkah laku masing2. pihak kerajaan harus sedar bahawa rakyat kini lbh matang dan sukar utk ditipu. 5-10 thun dlu mungkin semua msh tdo tp skrg semua sdh bgn dan berani meluahkan pendapat wlaupun mendapat sekatan yg hebat dr pihak kerajaan.


kerajaan seharusnya menukar sistem korupsi yg ade skrg ni, atau kerajaan akan diturunkan kelak! btw td aku da tulis pnjg pastu boleh hilang plak. tggl sekerat je. haha hangin betul. tp xpe yg penting korg da fhm ape sbnrnye tujuan perhimpunan bersih ni kan. diharap agar generasi muda khususnya akan dpt membuka mata serta lebih bnyk melibatkan diri kerana kita yg akan mencorakkan mse dpn negara. jgn biarkan kite terus dibuai mimpi indah. selamatkan malaysia!



jom kite tgk video sepanjang perhimpunan bersih 1


sekitar perhimpunan Bersih 1 di kuala lumpur


perhimpunan bersih didalam liputan Al jazeera


ni video promote utk bersih 2.0







amirx : mahasiswa ade berani x turun? hehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...