Saturday, October 13, 2012

ada apa dengan bangsa?

gambar hiasan

Politik Malaysia hari ini cukup meriah dengan gelagat penyokong dan pemimpin dari kedua-dua belah pihak sama ada dari pihak pembangkang atau pun kerajaan. tapi aku tak berminat nak ulas tentang isu politik semasa sekarang ni. cuma ada beberapa perkara yg menarik minat aku terutamanya soal bangsa dan kerakyatan.

gambar hiasan

Isunya ialah berkaitan pemberian warga negara kepada warga asing yg menetap di Malaysia. mungkin ramai yg tak sehaluan dengan aku dlm isu ni tapi macam mana pun aku tetap menghormati pandangan orang lain. aku melihat hari ini banyak pihak yang bangkit dalam menentang sifat perkauman dan itu adalah sesuatu yang amat baik. ramai yang mula buka mata terhadap isu ini serta ikut ambil peduli dalam menentang sifat perkauman. ramai yang mengajak kepada politik yang lebih luas berbanding politik sempit perkauman.

Akan tetapi amatlah mendukacitakan apabila ramai yang menganggap perkauman itu hanyalah diantara kaum Melayu, Cina dan India serta kaum peribumi lain di Sabah dan Sarawak sahaja. tak boleh kalau kaum Melayu mengeluarkan perkataan yang kurang baik kepada kaum Cina atau India atau Iban atau Kadazan atau pun kepada masyarakat peribumi yang lain dan begitu jugalah sebaliknya. memang betul. akan tetapi boleh kita mengeluarkan perkataan kurang baik kepada pekerja Bangla, Indonesia, Nepal, Myanmar, Thailand, dan yang seangkatan dengannya yang menetap di Malaysia? jawapannya juga adalah TIDAK BOLEH.

gambar hiasan

Ramai yang bangkit mempersoalkan tindakan kerajaan memberikan kerakyatan kepada warga asing. aku punya pandangan yang berbeza, aku tidak punya sebarang masaalah dalam hal ini. tidak kira siapa pun atau apa pun bangsa mereka, aku rasa mereka punya hak mendapatkan kerakyatan. dan aku memuji tindakan kerajaan memberikan mereka kerakyatan kepada mereka yang dah bertahun-tahun menetap di Malaysia. kau menentang perkauman tapi juga menentang kerakyatan yang diberikan kepada kaum lain, mereka yang telah menetap bertahun-tahun di Malaysia, melakukan kerja yang kau rase tak ada standard, perkauman jenis apa yang sebenarnya kau cuba tentang?dunia ini adalah hak pencipta dan DIA tidak menciptakan Malaysia untuk kaum Melayu sahaja, atau untuk kaum Cina sahaja, atau India sahaja. juga Malaysia bukan untuk kaum Melayu, Cina, India dan peribumi sahaja. sebab bagi aku, semua orang punya hak yang sama. tak boleh seorang Melayu cakap Cina bodoh tp boleh cakap mamak or Bangla bodoh?maaf tp itu adalah mentaliti yang salah bagi aku. 

Isu sebenar yang harus ditentang bukan pemberian kerakyatan kepada warga asing, tetapi paksaan kepada mereka yang diberi kerakyatan supaya menyokong kerajaan sedia ada(UMNO/BN). kerana siapa pun mereka, setelah diberikan kerakyatan, mereka punya hak yang sama sebagai rakyat Malaysia. ini yang seharusnya ditentang. maaf sekiranya pendapat aku berbeza dengan orang lain akan tetapi ini adalah apa yang aku rasa. aku tak punya masaalah bagi mereka yang memperjuangkan bangsa, tetapi yang menjadi masaalah ialah apabila ianya berlebihan.

TERIMA KASIH.

Monday, April 30, 2012

Perhimpunan BERSIH 3.0 - Mengapa Aku Menyokong Perhimpunan Ini?




salam

perhimpunan BERSIH 3.0 telah dilansungkan pada 28/4/2012 yang lalu dan telah menarik penyertaan yang begitu ramai sekali ke ibu kota Kuala Lumpur. BERSIH 3.0 juga telah dilansungkan di beberapa bandar dieseluruh dunia. aku juga turut berkesempatan untuk turut serta didalam perhimpunan tersebut.

mengapa BERSIH 3.0 dijalankan?
tujuan asal perhimpunan BERSIH dari siri yang pertama sehinggalah yang ketiga adalah kerana berlaku ketidakadilan didalam sistem pilihanraya di Malaysia. berikut adalah 8 tuntutan BERSIH :

1. BERSIHKAN SENARAI UNDI
2. MENREFORMASI UNDI POS
3. GUNA DAKWAT KEKAL
4. MASA KEMPEN MINIMA 21 HARI
5. AKSES MEDIA YANG BEBAS DAN ADIL
6. KUKOHKAN INSTITUSI AWAM
7. HENTIKAN RASUAH
8. HENTIKAN POLITIK KOTOR

dari perhimpunan yang pertama dan sehinggalah perhimpunan yang ketiga, inilah tuntutan yang dikemukakan. tidak ada penambahan atau pengurangan.




mengapa aku turut serta didalam perhimpunan tersebut?
hal ini banyak dipersoalkan kerana ramai yang terkeliru dengan apa itu perhimpunan BERSIH. secara ringkasnya, aku ikut turut serta didalam perhimpunan BERSIH 3.0 adalah kerana terdapat ketidakadilan didalam sistem pilihanraya di Malaysia. diantara masalah utama ialah terdapat keraguan didalam senarai daftar pemilih yang terdapat didalam simpanan SPR(suruhanjaya pilihanraya) yang mana terdapat banyak pengundi yang diragui(pengundi tidak wujud) telah disenaraikan. hasil dari beberapa siasatan juga mendedahkan pengerusi SPR serta beberapa kakitangan yang bertanggungjawab mengendalikan SPR juga merupakan ahli UMNO yang berjawatan. hal ini amat mendukacitakan kerana SPR ialah badan yang bertanggungjawab mengedalikan pilihanraya di Malaysia dan sepatutnya adalah badan yang bebas dari mana-mana parti politik.

ingin ditekankan disini, majoriti penyertaan rakyat yang menyertai perhimpunan tersebut bukanlah di sebabkan individu seperti Anwar ataupun Ambiga. ini kerana ramai yang mempersoalkan tentang kredibiliti Ambiga yang juga merupakan pengerusi BERSIH 3.0. rata-rata mereka yang menyertai perhimpunan ini juga lansung tidak mengetahui atau tidak mengenali individu ini. jadi isu kredibiliti pengerusi BERSIH 3.0 tidak harus dipersoalkan. rakyat yang menyertai perhimpunan ini hanya menyokong 8 tuntutan tersebut, tidak lebih dan tidak kurang.


aku ingin memberikan satu contoh yang mudah, sekiranya terdapat seorang paderi dipukul oleh seorang yang beragama Islam tanpa sebarang sebab, dan kemudiannya kita datang untuk membantu paderi tersebut, adakah kita dikira sebagai penyokong ajaran paderi tersebut?
ataupun sekiranya kita menyokong Mahatma Gandhi berjuang membebaskan India dari pejajahan barat, adakah kita dikira menyokong ajaran Hindu?
jawapanya adalah TIDAK. hal ini adalah sama dengan yang berlaku didalam perhimpunan BERSIH. rakyat yang menyertai perhimpunan tersebut HANYA menyokong 8 tuntutan yang dikemukakan, bukan lain2 permintaan yang tidak ada kena mengena dengan BERSIH.


selepas perhimpunan BERSIH 2.0, dianggarkan kira-kira hanya 2000 nama dibersihkan dari senarai pengundi. beribu2(mungkin mencecah ratusan ribu) nama pengundi yang diragui masih belum dibersihkan. jadi kerana itu aku mengambil keputusan untuk turut serta didalam perhimpunan ini dan aku mengharapkan agar pilihanraya kali ini dapat dibersihkan.

ramai yang mengatakan bahawa Pakatan Rakyat telah berjaya memenangi 5 buah negeri, adakah itu belum cukup membuktikan kebersihan SPR? jawapannya sangat mudah. kebersihan SPR bukanlah dinilai dengan jumlah kemenangan mana-mana parti. sekiranya Pakatan Rakyat memenangi semua negeri sekalipun, tetapi masih berlaku penyelewangan dan ketidakadilan didalam pilihanraya, aku akan terus-terusan menyokong perhimpunan BERSIH. ini kerana mereka yang tidak menyertai perhimpunan ini rata-rata tidak mengetahui tujuan penyertaan orang ramai didalam perhimpunan ini. ini bukan berkaitan dengan survival mana-mana parti politik, ini adalah berkaitan dengan perjuangan menentang ketidakadilan dan penyelewengan yang berlaku. sekiranya SPR dibersihkan adakah bermakna kerajaan sedia ada akan kalah serta merta? TIDAK. kebersihan SPR akan membawa kepada keadilan didalam sistem pilihanraya. sekiranya kerajaan bijak menguruskan pentadbiran negara tidak mustahil kerajaan sedia ada akan terus diberikan mandat untuk mentadbir negara.

sekiranya mana-mana parti politik ingin menang didalam pilihanraya, menanglah dengan cara yang adil tanpa penyelewangan dan penipuan. adakah anda gembira sekiranya parti yang anda sokong menang walaupun dengan cara penipuan? jika YA adalah jawapan anda, maka lebih baik sistem pemerintahan dinegara kita ditukar dari pada demokrasi berpelembagaan kepada sistem diktator.

amirx : sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, cadangan atau bantahan, boleh dihantar kan ke page FB kami di SINI terima kasih

Friday, January 20, 2012

Salah Pembawakan....

Assalammualaikum...Ok,setelah meneliti video yg telah di sbrkn mengenai tragedi berdarah mahasiswa UPSI....terdpt beberapa perkara yg tdk sye setuju...sye setuju dgn misi sbnr mrk tp tdk setuju pd cara mrk..ini kerana dlm sesuatu perjuangan perlu lah ade ksbrn...lakukan lah sesuatu itu dlm keadaan yg tenang menggunakn akal yg waras...bkn dlm keadaan mrh dan mengikot emosi...di mane letaknye pemikiran cerdik pndai jika provokasi sprti memanjat pagar,meletak gmbr PM dgn batu nisan bertulis AUKU d'sblh gmbr itu..??satu perkara yg menybbkn perbualan dan sangkaan burok yg di keluarkn dan d'pikir rakyat mengenai perjuangan hanya kerane sikap ahli itu sndiri...julangkn la pemikiran anda sbgi Mahasiswa dan bkn mentenggelamkn kecerdikan anda itu...usaha dgn ksbrn dan perancangan yg teliti adalh sesuatu yg pntng utk mncpai matlamat perjuangan anda...buatla owg sekililing memahami perjuangan anda dgn cara yg btl....ape pun,sye akan sntiasa berdoa utk mereka yg melakukan perkara yg baik dan benar utk mase dpn agama mahupn negara...salam...

Monday, January 2, 2012

HALANGAN MENGELUARKAN PENDAPAT!!!!MASALAH UTAMA....!!!!

ASSALAMUALAIKUM,sye sham telah di beri kepercayaan utk menulis d dlm blog ini bg mengeluarkn pndpt dan idea tntng jujukan permasalahan yg berlaku d dlm negara kte yg t'cinte ni...ok,,,Berikutan peristiwa yg berlaku pd Mahasiswa UPSI,sye b'pndpt bhw punca utama mslh yg berlaku sbnrnya adlh mslh penerimaan pendapat dan kritikan krn hujah yg bakal d keluarkan blh membawa kpd kejatuhan sesetengah phk...kerana hujah2 ini d keluarkn oleh mereka yg b'pkrn luas dan teliti ke ats setiap yg berlaku di sekililing mereka...jika kte mnyekat pendapat bakal graduan2 yg cerdik pandai ni,maka wujudlah penyekatan ilmu dan pendapat..sedangkan mereka yg akn memimpin negara pd mse akn dtg......sye amat menyokong usaha mereka...mereka terpaksa melakukan perkara sedemikian krn tiada saluran yg blh membantu mereka..sye bkn pro mne2 pihak..tetapi akn menyokong jika sesuatu perkara itu benar dan tdk blh di sangkal...bkn kah sesiapa yg mempnyai kad pengenalan biru adlh warganegara MALAYSIA(rakyat)??!!mengape perlu menyekat suara rakyat sndiri...adakah benar Malaysia mengamalkn sistem demokrasi??sesetengh rkyt mencaci mahasiswa2 ini berikutan prstiwa yg berlaku...mereka yg mencaci ini adlh golongan yg b'fkrn sempit dan tdk b'pendirian..di beri wang RM500,mereka memuji..harga mnyk naik mereka mencaci..asal senang sikit,mereka bute dgn keadaan sekitar....pmkrn ini yg mmbuat kn negara mundur....mereka tdk mahu tahu dan tdk tahu apa agenda sbnr d'sblk mslh yg berlaku...sye amat b'hrp,rkyt Malaysia b'skp t'buka dan b'fkr secara rasional keats setiap yg berlaku di negara kte...

Sunday, January 1, 2012

1 jan 2012,malam berdarah buat Mahasiswa. Mahasiswa dilayan seperti anjing!

salam
ni dah melampau, ni dah buat aku hilang sabar. kerajaan dah semakin melampau. memang bangsat!.sorry la bkn aku sengaja tp hari ni sejarah bru dah tercipta.sebelum aku cerita panjang2 korg tgk ni dlu :






1jan 2012, malam berdarah buat mahasiswa. korang tengok lah sendiri. korang nilai lah sendiri. gambar dekat atas ni diambil mlm td bila mahasiswa berhimpun bg memperjuangkan kebebasan bersuara buat mahasiswa serta menyatakan sokongan terhadap Adam Adli.


diorg berhimpun secara aman tetapi dilayan mcm anjing. memang bangsat. aku xtau nk ckp ape lg tp aku sangat marah hari ni. mereka berhimpun utk kebebasan mahasiswa. mereka 'BERHIMPUN', bukan 'MERUSUH'!! wajar ke kalau sampai dipukul smpai pecah kepala dan ade yang koma. ditahan di wad ICU. di masukkan kedalam lokap. ape nk jd dengan Malaysia ni?


bila mana mahasiswa diam, kerajaan ingt mahasiswa takut. ini bukan soal politik! ini soal kebebasan mahasiswa! ini soal kezaliman kerajaan keatas mahasiswa. kami sebagai mahasiswa, mengutuk sekeras2 nya tindakan pihak berkuasa keatas mahasiswa. inikah demokrasi?bangsat!!


kerajaan akan saksikan kebangkitan mahasiswa. kerajaan akan saksikan kebangkitan yang xpernah mereka saksikan. kami tidak akan berdiam diri. kami bukan anak2 kecil yang boleh dianjing2 kan. kami bukan haiwan yang boleh disepak dan diterajang. bangsat!!


aku xnk ulas panjang2 sebab hati aku tengah sangat panas. aku akan update lg lps aku pnye pemikiran kembali rasional. terima kasih

layan video bawah ni :



amirx : kepada mahasiswa, tolong sebarkan berita sedih ni. sama2 kita bangun dan lawan. bukan utk parti politik tp di atas nama mahasiswa! hidup mahasiswa!

sumber :
tragedi berdarah upsi mahasiswa (milosuam)
polis mengganas mahasiswa dibelasah ditangkap dalam tragedi berdarah upsi (gazebodaily)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...