Tuesday, June 14, 2011

AUKU dijadikan senjata untuk merantai mahasiswa !



Firstly aku nk bg tau apebende AUKU ni.mungkin rmai yg xtau or mmg malas nk ambik tau. tp realitinya AUKU atau Akta Universiti dan Kolej Universiti ni telah wujud sejak diluluskan oleh parlimen pada thun 1971. lme tu bro. haha. akta bodoh ni digunakan oleh kerajaan bg menyekat kebebasan bersuara serta menghalang mahasiswa dr melibatkan diri didalam kancah politik malaysia.


Mengapa AUKU ini digubal dan siapa dalang disebalik AUKU
? soalan yg bagus.
AUKU ni digubal sbb pd mse tu banyak pertubuhan mahasiswa melibatkan diri secara lansung dlm kancah politik malaysia. terutama skali PMUM(Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya) yg telah terlibat secara lansung dlm kancah politik malaysia serta telah mengeluarkan Manifesto Pelajar dimana pandangan2 mahasiswa serta generasi muda telah dikumpul dan dikeluarkan bg menjamin keadilan bg rakyat. Manifesto yg dikeluarkan telah mendapat maklum balas yg baik dikalangan rakyat dan hal ini telah menggugat parti pemerintah ketika itu yakni United Malay National Organisation(UMNO) serta Perikatan.

Mahasiswa juga telah mengadakan rapat umum pada pilihanraya 1969 yg mana jumlah hadirin yg hadir pd rapat umum yg mereka lakukan di Pulau Pinang tlh mengatasi rapat2 umum yg dilakukan oleh parti2 politik sendiri terutama dipihak kerajaan. Pandangan mahasiswa lebih diterima pakai kerana mereka tidak menyebelahi mne2 parti politik serta mereka tidak mengeluarkan pendapat bg kepentingan peribadi.


Para aktivis mahasiswa pada mulanya tidak mengendahkan akta ini dan terus melakukan aktiviti kemasyarakatan malah akhbar mahasiswa seperti Suara Siswa dan Gema Siswa terus dicetak. Kemuncaknya pda kegawatan ekonomi 1974, di Kedah para petani miskin khususnya telah bangkit melakukan demonstrasi di Baling dan para gerakan mahasiswa telah ikut serta dlm demonstrasi ini. akibatnye rmai la aktivis mahasiswa ditangkap dan dihukum menggunakan AUKU serta ade yg ditahan di bwh ISA(internal security act).


Hari ini, segelintir mahasiswa yg telah sedar akan perkara ini telah bangkit menentang akta kejam ini. wlaupun rmai yg telah dikenakan tindakan tetapi ia xpernah memadamkan semangat mahasiswa untuk terus bangkit dr kelayuan serta kesedaran tentang perkara ini. Kami sendiri yg semuanya adalah mahasiswa di universiti serta universiti kolej menentang akta sampah ini. kami menyeru agar mahasiswa bangun dr terus layu.


gerakan mahasiswa bantah AUKU

SUDAH TIBA MASANYA AUKU DIMANSUHKAN !


sedikit sebnyak isi kandungan yg terdapat didalam AUKU(Akta Universiti dan Kolej Universiti) :
-Tiada pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar boleh, tanpa kebenaran terdahulu Naib Canselor, mengadakan, menganjurkan, atau memanggil, atau menyebabkan supaya diadakan, dianjurkan, atau dipanggil atau dalam apa-apa cara, terlibat dalam pengadaan, penganjuran, atau pemanggilan, atau menyebabkan supaya diadakan, dianjurkan, atau dipanggil atau, dalam apa-apa cara terlibat dalam melakukan apa-apa perbuatan untuk mengadakan, menganjurkan, atau memanggil, apa-apa perhimpunan yang lebih daripada lima orang dalam mana-mana bahagian Kampus atau atas mana-mana tanah atau dalam mana-mana bangunan yang dipunyai oleh atau di bawah milikan atau kawalan Universiti atau yang digunakan bagi maksud Universiti.
Dalam memberi kebenaran yang tersebut dalam subkaedah (1), Naib Canselor boleh mengenakan apa-apa sekatan, terma atau syarat yang disifatkannya perlu atau sesuai.

-Tiada pelajar boleh menghadiri atau menyertai sesuatu perhimpunan yang diadakan yang berlanggaran dengan perkara di atas.

-Tiada pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar boleh memiliki, atau menggunakan, atau mempunyai dalam milikan, jagaan atau kawalan pelajar atau pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar, bagi maksud ucapan awam, apa-apa pembesar suara, pelaung suara, penguat suara atau alat-alat serupa lain tanpa kelulusan terdahulu Naib Canselor.

Tiada pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar boleh membuat atau menyebabkan supaya dibuat atau melakukan apa-apa perbuatan untuk membuat atau menyebabkan supaya dibuat; mengibar, mempamer, menunjukkan atau dalam apa-apa cara menggunakan, atau menyebabkan supaya dikibar, dipamer, ditunjukkan atau dalam apa-apa cara menggunakan; atau memiliki atau mempunyai dalam milikan, jagaan atau kawalan pelajar atau pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar, apa-apa bendera, sepanduk, plakad, poster, lambang atau alat lain yang membawa kepada keadaan tidak berdisiplin, kekacauan, keingkaran atau pelanggaran Kaedah-Kaedah ini.

*kandungan AUKU dipetik dari http://komentar.tripod.com/mahasiswataring.htm


amirx : mahasiswa perlu bangkit!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...