Wednesday, October 26, 2011

PANAS!! Project Alice adalah sebahagian daripada Malaysian Punk Muslim???



salam.
ni adalah berita yg mengejutkan aku dan beberapa kenalan selepas ramai yg tersalah anggap bahawa kami adalah sebahagian daripada Malaysian Punk Muslim. ditegaskan disini bahawa kami TIDAK/BUKAN menganggotai atau sebahagian daripada mereka malahan ideologi kami juga amat berbeza dgn mereka. diharapkan agar kawan2 semua tidak membuat sebarang spekulasi yg mengaitkan kami dengan ideologi mereka.


ada pun kami berkawan dengan mereka, tetapi ideologi kami adalah berbeza. kami berkawan dengan semua jenis individu tidak kira rupa, bangsa atau agama. adakah sekiranya kami berkawan dengan individu yg beragama selain Islam (cth : Hindu), dan individu ini adalah seorang yg berpegang teguh kepada ajaran agamanya,dalam masa yg sama individu berkenaan menyiarkan kami atau mengenalkan kami kepada rakan2, adakah bererti kami juga merupakan seorang yg berpegang kpd fahaman beliau? atau pun sekiranya kami berkawan dengan seorang punkers, dan individu tersebut menyiarkan kami atau mengenalkan kami kepada rakan2nya, bererti kami adalah Punk??. kami berkawan tapi ideologi kami berbeza. harap semua jelas. hal ini adalah berikutan admin page fb Malaysian Punk Muslim (MPM) memperomosikan kami di page mereka.


btw terdapat beberapa pertelingkahan berlaku didalam page tersebut. aku mmg ade msuk campur and ade comment sikit2. tp aku hanya masuk campur perkara2 yg melibatkan kepercayaan aku. hal ini bermula apabila beberapa org yg menjadi ahli didalam group Murtads in Malaysia and Singapore(click pada nama group utk buka) masuk dan menyoal serta mempertikaikan ajaran Islam. aku tak sekali-kali memberi sebarang comment mengenai ideologi mereka. korang try lah bukak group murtad tu and tgk sendiri ape yg diorg tulis. haha. xsmpai hati aku nk ckp. and sekarang di page MPM tgh sebok di berhujah mengenai ideologi punk diantara admin dan beberapa org punkers.


kami adalah muslim, tapi kami bukan punkers. itu adalah pasti dan xperlu kami ulangi. so mcm mne kami boleh jadi Punk Muslim?haha. btw aku xberminat nk bertekak mengenai ideologi punk. even some people called Sex Pistols and Anti-Flag as a poser because they sign an agreement with recording company. so siapa yg sebenar2 nya punk? haha. kami hanya bermain musik. sila jangan salah sangka. so harap2 perkara ni xberbangkit.


x : Malaysian Punk Muslim tu ape? aku xberani nk memberi sebarang komen mengenai isu ini. aku sendiri masih kurang jelas mengenai mereka. aku xnk cakap pape takut tersalah cakap. korang boleh checkout and tanye sendiri dkt admin page tersebut. and kalau boleh tanyalah dengan cara ilmiah, bukan terus serang je. haha. ciao

Monday, October 17, 2011

jom checkout clothing label ni!!

salam,
hari ni aku nk tolong promotekan member aku pnye clothing label called Psychotic Wear. pada awalnye nme branding diorg RGX Clothing tp tkr jd Psychotic Wear. aku pon xtau knp diorg tkr name korg boleh tnye sendiri dkt owner die si Zafe. haha. btw diorg ade buat sale sekarang ni. stok terhad so spe yg nk rembat sehelai dua tu korg cpt2 la pegi order k. haha. ni bju2 yg ready stock :

code : #ORT 9 
price : rm 25

code : #BT 3 - The Rolling Stone
price : rm25

code : #BT 2 - Propagandhi
price : rm25


code : #ORT 4
price : rm25


code : #ORT 1
price : rm25
haaa ape macam?berminat?btw insyaallah diorg akan keluar bnyk lg bju so korg boleh update sendiri dkt fb diorg.btw mcm mne care nk rembat bju2 ni?senang je. korg just sms kan detail bju dgn detail korg skali dkt num ni 014-9455973. contoh :Name : (eg: Badrul B. Hisyam)
Item : (eg: #DD1 , #BT 1-Trivium)
Phone : (eg: 016-6666666)
Home Address : (eg: jalan permai,etc,etc)
Facebook Address: (eg: www.facebook.com/psychoticwear)

just msgkan detail mcm kat atas ni dkt num tu. better kol la aku rase. so lepas tu penghantaran akan dibuat dlm masa seminggu. tp bayar dlu la bru diorg hantar bju tu. haha. kalau nk lebih detail lg korg boleh checkout fb diorg dgn klik dkt SINI.



x : insyaallah kitorg akan keluarkan t's band. pape korg boleh update je kat fb kitorg. so nnt beli jgn xbeli.haha

Monday, September 26, 2011

sejarah ringkas Anti-Flag



salam
dah puas aku tulis pasal kejadian sekeliling kita. ade yg kelakar ade yg buat kite rasa marah n ade yg menyedihkan kite. hari ni aku xnk tulis pasal bende2 tu semua. aku kali ni nk cerita pasal band yg bg influence besar dlm pengaruh musik kitorg dan juga antara pengaruh yg besar dlm ideologi kami. mereka ialah Anti-Flag. selain drpada band seperti Rise Against, anti-flag juga memberi pengaruh yg besar dalam music kami, serta memberi sedikit impak kedalam perjuangan kami(Project Alice). walaupun gaya musik dan vokal kitorg agak berbeza dgn mereka akan tetapi mereka telah memberi impak yg agak besar dlm pengaruh musik kitorg.siapa anti-flag?berikut adalah sejarah ringkas penubuhan anti-flag :

anti-flag adalah sebuah band punkrock yg telah ditubuhkan sejak tahun 1988, dan band ini ditubuhkan di Pittsburgh,  Pennsylvania, Amerika Syarikat. mereka merupakan sebuah band yg dikenali ramai kerana kelantangan suara mereka meluahkan pendapat didalam lagu mengenai sistem politik di Amerika. mereka juga banyak menulis lagu menentang peperangan, diskriminasi terhadap individu(termasuk lah diskriminasi kaum), salah guna kuasa, ketidak sama rataan didalam pemberian gaji pekerja dan bermacam2 lg isu2 utama di Amerika.

logo yg dicipta oleh gitaris mereke Chris Head

Pengasas kepada band ini ialah penyanyi utama mereka(juga merupakan gitaris) iaitu Justin Sane dan drummer mereka Pat Thetic yang kemudian nya diikuti oleh gitaris mereka Chris Head dan bassist Chris2#(Chris#2 menggatikan tempat yg ditinggalkan oleh Andy Flag pada 1997). pada asal nya pemain bass mereka merupakan adik kepada Justin Sane iaitu Lucy Fester tetapi mereka berpecah selepas hanya bermain di satu persembahan. Justin dan Pat kemudian nya kembali menghidupkan anti-flag pada 1993 dimana Andy Flag menjadi bassist pada ketika itu.

cover album pertama mereka 'Die For The Government'

antara album terawal mereka ialah Die For The Government(1996) dan Their System Doesn't Work For You(1999). mereka pada awalnya bernaung dibawah syarikat rakaman New Red Archives(sebuah syarikat rakaman yg berasal dari San Francisco). bagaimana pun pada 1998 mereka telah menubuhkan syarikat rakaman sendiri bergelar A-F Records dan album mereka yg kedua 'Their System Doesn't Work For You' dikeluarkan oleh mereka sendiri dibawah label A-F Records. perkenalan dengan Fat Mike(vokalis/bassist bg NOFX) semasa menjayakan Vans Warped Tour pada 2000 mencetuskan persahabatan buat mereka(Fat Mike memiliki sebuah record label bergelar Fat Wreck Chords). mereka telah bekerjasama merekod 2 album Anti-Flag. mereka juga banyak bekerjasam dengan produser lain dan telah menghasilkan album seperti:
-Underground Network (2001)
-Mobilize (2002)
-The Terror State (2003)
-For Blood and Empire (2006)
-The Bright Lights of America (2009)

salah satu iklan untuk aktivis haiwan (PETA)

anti-flag telah terlibat secara lansung didalam banyak antiviti keamanan sepanjang karier mereka. mereka telah menubuh kan beberapa group aktivis seperti 'The Undeground Action Alliance', 'Military Free Zone' dan 'The Bright Light' dan kumpulan aktivis ini ditubuhkan bertujuan untuk memberikan protes kepada sebuah akta yg membolehkan tentera mengakses kepada maklumat peribadi pelajar(akta itu digelar 'No Child Left Behind Act'). mereka telah terlibat secara lansung dalam 3 siri protes terhadap akta tersebut dan 2 daripada nya bersama sebuah lagi band bergelar Rage Against The Machine. pada 2008 mereka telah menjadi artis undangan dan membuat persembahan tanda protes di luar National Republican Convention.

selain itu, anti-flag juga menganggotai serta memberi sokongan di dalam beberapa badan politik dan aktivis seperti Democracy Now!PETA(aktivis haiwan), Amnesty International(human right) dan Greenpeace(aktivis alam sekitar).

beberapa klip video lgu daripada anti-flag :

anti-flag - This is the end(for u my friends)


anti-flag - underground network (live)


anti-flag - the bright light of america


persembahan bg menyokong protest pelajar di Vienna bg mendapatkan pelajarn percuma dan adil


x : btw korg boleh checkout laman web rasmi anti-flag di http://www.anti-flag.com/

Sunday, September 25, 2011

Malaysia tidak pernah dijajah????



salam semua.
kali ni aku nk cerita pasal ulasan seorang Professor yg mengatakan Tanah Melayu xpernah dijajah.ok sebelum korang gelak sampai terberak kita tengok dulu video ni :


ok sekarang boleh gelak besar!!
KAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAH!!!!!
hahahaha aku gelak sampai nk terberak plak aku rasa.ape cerita ni bro Zainal Kling??Tanah Melayu xpernah dijajah?biar betul kau ni.then sebelum ni pejuang2 yg bermati-matian mempertahankan Tanah Melayu dan berjuang membebaskan Tanah Melayu dr penjajah tu cerita dongeng er bro?budak umur 10 tahun pon boleh gelak dgr lu ckp bro.


Then Tok Janggut,Datuk Bahaman,Mat Kilau,Datuk Maharaja Lela,Dato' Onn n yg lain2 sebelum ni berjuang untuk ape?membebaskan Tanah Melayu dr dilindungi British?jangan buat lawak brader.penat org dulu2 bermati-matian untuk mengusir penjajah British.perjanjian Pangkor xde tulis pasal penjajahan?just tulis pasal dilindungi?dilindungi ape kejadahnye?


ok kite ambik contoh perjanjian antara Israel dgn Hamas.perjanjian damai antara kedua-dua belah pihak ni dah bpe kali plak Israel langgar?so point die dkt sini perjanjian tu boleh dgn mudahnye dilanggar oleh mne2 pihak.semua org boleh berjanji n buat perjanjian.tp masalahnye diorg ikot ke x perjanjian tu??


aku xnk cerita pasal sejarah pasal masing2 pon belaja sejarah mase kat sekolah even certain sejarah yg ditulis kat buku teks sekolah tu just highlight kepada 1-1 pihak.tp masuk akal ke Tanah Melayu xpernah dijajah?confirm la xmasuk akal.maybe British datang Tanah Melayu masa tu sbb nk buat lawatan sambil belaja kot.tp buat lawatan sambil belaja sambil bawak kelengkapan perang?xmcm pelik pulak kan?hahahahaa.then mcm mne plak dgn penjajahan Portuguese n Belanda?bukan penjajahan ke nme nye tu?Jepun datang Malaysia nk buat ape?kite merdeka daripada ape kalau bukan sebab dijajah?kite merdeka sbb xdilindungi British?amboi kelakar nye bro Zainal Kling.


dengar die pnye ulasan pon dah tau yg diorg ni nyanyuk.mase minit ke 1.55,tibe2 die cakap 'kecuali' kite just terjajah 2tahun masa zaman Malayan Union.ok kite tengok dari konteks ucapan org tua ni.'sekiranyalah',kite terima Tanah Melayu xpernah dijajah,then 'kecuali' kau tu bukan cakap penjajahan jugak ke bro?patut tukar la statement ckp Tanah Melayu xpernah dijajah British bukan Tanah Melayu xpernah dijajah.then die cakap selainnye xpernah dijajah tp tbe2 ade lg 1 'kecuali' plak lg.die ckp kecuali zaman Jepun.hahahahhahahaha.amboi geramnye aku tengok cara kau ckp tu.then ape point cakap Tanah Melayu xpernah dijajah???Melaka,Pulau Pinang, n Singapura masa tu bukan Tanah Melayu er?ke Tanah tok kau?hahahahah.then ape point cakap Tanah Melayu xpernah dijajah???then ade die cakap ade tempoh lg 1 lagi plak cakap masa zaman komunis.hahahahahahah.then zaman Portuguese xnk 'kecuali'?yg lain2 xnk 'kecuali'??


ape dah jadi dengan Majlis Professor Negara(MPN) ni?bro Zainal Kling ni betul ke xbetul ni?so korang pk2 lah sendiri.sejak akhir2 ni mcm2 la jd.pelik pon ade,kelakar pon ade.haha


x : aku xboleh berenti gelak lagi ni. HAHAHAHAHAHAHAHAHA!!!!

eh golongan murtad buat group kutuk Islam!!



salam
hari ni aku nk tulis pasal 1 group ni(group utk golongan murtad) dgn selamber mengutuk Islam.dah la murtad then buat group nk kutuk2 Islam.ape cerita ni bro?murtad dah satu hal lps tu buat group sbb nk kutuk2 Islam.kitorg sendiri pon mengaku kitorg xde la dr golongan yg kuat agama tp agak2 la smpai nk buat mcm ni.ape kes plak nk buat mcm ni kan?kalau nk murtad sgt pon jgn la smpai buat bnde bodoh mcm ni.melampau lah tu namanya.pegi la murtad sorg2 then dah mati nnt hadap lah korg dgn penyiksaan.skrg korg suke la.haha.cerita bnyk pon xguna kan,aku ade print screen coversation diorg.korg cbe try tgk ni(click dkt gmbr tu utk membesarkan image :




korg boleh check sendiri group diorg dkt sini.
ape mcm bro?hati panas?kalau hati rasa marah so alhamdulillah sbb atleast hati kite msih belum seteruk diorg ni.hari ni mungkin mereka gembira mengutuk agama kita tp esok lusa spe tahu kan?kpd spe2 yg rse nk berdiskusi dgn diorg boleh join group bodoh tu.harap2 hackerz dpt mencari maklumat2 org yg mengutuk Islam dlm tu.


btw group ni kebanyakan nya adalah dr golongan atheis(xpercaya tuhan) sbb kebanyakan mereka mungutuk Islam dan Kristian.aku xnk menuduh spe2 so korg nilaikan lah sendiri.so spe yg ade mse tu boleh report group tu agar group tu ditutup.report dkt SKMM pon mcm xde guna je kan?haha.diorg maybe ingt kite diam sbb kite takut kot?haha.aku naik kelakar tgk bdk2 dalam tu.so korg2 yg sebahagian dr group tu,kalau korg bce ni,korg 'WAIT AND SEE' ok :)


x : sebarkan pada saudara2 yg lain supaya diorg report group ni n group ni akan ditutup.

Friday, September 23, 2011

Malaysia, kemerdekaan dan isu perkauman



salam guys. lame xupdate blog hari ni tibe2 rse mcm nk taip2 plak. haha. lately agak busy sikit so xdpt nk post entry bru. skang ni pon tgh final exam. so korang ape cer?sihat?

bru2 ni kitorg bru lepas perform utk MASIF(music.art.style international festival) 2011 yg berlansung di KLCC dan alhamdulillah everything semua ok. xde masalah pape n thnxs jgk utk kwn2 yg hadir memeriahkan suasana.

before ni aku ade terbace sikit pasal isu kemerdekaan negara lepas isu mat sabu dikaitkan dengan komunis hangat dipermainkan. sebenarnye isu ni bagus jugak diketengahkan supaya rakyat lebih membuka mata tentang isu sejarah Malaysia yang selama ni just dipandang sebelah mata rakyat2 generasi baru.



'Sejarah ditulis oleh mereka yang menang'.baris ayat ni memang sangat2 lah membawa maksud yang sangat mendalam kerana semememangnya kebanyakan sejarah termasuklah sejarah dunia terutamanya yg ditulis dibuku2 teks sekolah ditulis bg mengangkat 'mereka2' yang menang. 'menang' bukan just dari segi peperangan tp juga menang dr segi politik, pemikiran, kawalan terhadap sistem2 institusi, kawalan terhadap sistem2 pentadbiran n yg selainnye.

and yg paling make sense sekali ialah UMNO di war2 kan sebagai antara pejuang terulung dalam mencapai kemerdekaan di malaysia. kami tidak menyangkal dakwaan ini dan UMNO sememangnya antara tulang belakang didalam kejayaan mencapai kemerdekaan. tp UMNO hanyalah diantara salah 1 tulang belakang itu. dimana pejuang2 lain diletakkan? dimana parti2 lain seperti PKMM, MDU, API, AWAS, SEDAR dan parti2 lain yang memperjuangkan kemerdekaan? mengapa mereka tidak diangkat seperti UMNO? sedangkan mereka telah pun melaungkan slogan 'MERDEKA!' dikala UMNO masih melaungkan 'HIDUP MELAYU!'. mereka juga adalah wira. mereka bermandi darah,diseksa,dicerca,dipenjara dan ade diantara mereka yang dibunuh kerana berjuang menuntut kemerdekaan.



PUTERA-AMCJA membentangkan Perlembagaan Rakyat bagi menggantikan Perlembagaan Federation yang dibentangkan British untuk menubuhkan persekutuan tanah melayu. antara usul Perlembagaan Rakyat yg paling 'aku' sokong ialah 'kewarganegaraan dengan rupa bangsa kebangsaan melayu'. apa yang dimaksudkan dengan 'kewarganegaraan dengan rupabangsa melayu' ni? it's mean semua penduduk Malaysia yang mendapat status kerakyatan akan digelar sebagai 'Melayu'. mungkin statement ini agak keterlaluan bg mereka yang mindanya tertutup. kenapa 'aku' menyokong usul ni?

firstly, ini adalah kerana ianya akan melupuskan sedikit demi sedikit unsur2 perkauman diantara penduduk diMalaysia. perjuangan menentang perkauman diMalaysia tidak akan berjaya selagi 'Melayu' di panggil 'Melayu','India' dipanggil 'India' dan 'Cina' dipanggil 'Cina', n begitu jugak la bangsa2 lain kat Malaysia ni. kerana ape? ini kerana selagi bangsa ini dibeza2kan, selagi tu perasaan perkauman akan ade dalam pemikiran rakyat Malaysia. buat la sejuta kempen menentang perkauman sekali pun, unsur perkauman tetap akan ade dalam hati setiap penduduk Malaysia. even dalam diri aku sekali pun. it's all about our mindset.

secondly, mungkin ramai diantara org2 Melayu akan mengatakan bahawa mereka(selain Melayu) xboleh digelar Melayu sebab Melayu itu Islam(atau lebih tepat lagi mestilah beragama Islam). ini adalah diantara faktor yg dijadikan alasan bg menentang usul ini(ok mungkin  isu ini agak sensitif, diingatkan supaya baca sampai habis). Islam is Islam dan Melayu is Melayu. xde walau 1 ayat pon dalam Al - quran yg mengatakan bahawasanya Melayu itu Islam. sedangkan ada juga org yg berbangsa Arab tidak beragama Islam. buka mata dan buka minda. Islam bukan untuk org Melayu sahaja, Islam untuk semua xkire bangsa apa pun kite. Cina ke, Melayu ke, India ke, or ape2 juga bangsa kite, Islam untuk semua. n salah satu perkara yang menghalang perhubungan or komunikasi diantara kita adalah kerana faktor perkauman. komunikasi antara Melayu, Cina, India dan kaum2 lain adalah terbatas. sekira nya kita semua digelar Melayu, sedikit demi sedikit perasaan perkauman akan pudar dr hati dan pemikira kita. kita akan lebih mudah berkomunikasi. dan penyebaran agama Islam akan menjadi lebih mudah. tidakkah begitu??

thirdly, bukan je just dapat lebih keharmonian hidup, tetapi jugak kite akan dapat maju bersama2 dari segi ekonomi. tidak ada lagi isu Melayu lebih miskin dari Cina dan India lebih miskin dari Melayu. sekiranye perpaduan selepas 'kewarganegaraan dengan rupa bangsa Melayu' dapat dicapai, kita sama2 akan dapat merasai kemajuan dari segi ekonomi. tidak ada lagi istilah 'Cina tolong Cina' dan 'Melayu tolong Melayu'. kita akan sama2 dapat bantu membantu diantara 1 sama lain.




btw ini just pandangan aku dan masing2 mempunyai pendapat masing2. kami menghormati setiap pandangan dari setiap perspektif. so same2 kite kongsi pendapat agar kita sama2 dapat membuka mata dan minda. jumpa lg. salam. chow.
-x-

Thursday, August 4, 2011

tulang belakang kami





salam
aku sejak akhir2 ni sgt la bz so xdpt nk update sgt. band page project alice pon aku dah jarang2 bukak. btw pg td alhamdulillah bru selesai sign agreement utk satu event yg akan berlansung pada 16 september ini di esplanade klcc. so korg jgn lpe dtg nnt ade bnyk band yg best2 mcm dichi michi, stubborn, skudap skudip, oh chentaku dan banyak lg. pastu msuk free je beb. hha


tp entry ni aku bkn nk cerita psal event tu sbb utk event tu insyaallah aku akan post entry lain nnt. entry kali ni aku nk cerita psl 'tulang belakang bg Project Alice' atau dlm bhse yg lebih mudah org kuat kami.hha.


mcm yg aku slalu ckp, Project Alice is not just a band. Project Alice is a bunch of people(a younger generation) who have been realize the important of living in peace and harmony. so spe2 pon yg berjuang bersame2 kami is a part of us. mereka juga adalah Project Alice. mereka adalah sebahagian drpd kami.


walau mcm mne pon, 'sebahagian' dari mereka yg akan disiarkan disini tidak bermaksud menyokong 100% ideologi kami so segala tindak tanduk mereka yg bertentangan dgn ape yg kami perjuangkan adalah sgt tidak disokong oleh kami.


amirx abd hadi













amirx is a vox and also a lyricist for Project Alice. pelajar jurusan perniagaan di Universiti Teknologi Mara segamat ni menganggotai PA pada pertengahan 2006. 




















syapiq adalah pemain bass guitar buat PA. pelajar ijazah jurusan komunikasi di Universiti Putra Malaysia serdang dan merupakan salah seorang dari 1st batch Project Alice. dulunya merupakan seorg skinhead tegar.














kechix adalah lead guitar Project Alice dan merupakan seorang pelajar ijazah jurusan mekatronik di Malaysia France Institute(MFI) bangi. juga salah seorg dr 1st Batch PA.


umar merupakan pemain rythm guitar bg PA. pelajar diploma jurusan musik di Akademi Seni & Warisan Kebangsaan (aswara) ini adalah org penting dlm penciptaan lgu buat PA.


drummer buat PA. pelajar diploma di Malaysian Institute of Aviation Technology(MIAT) bangi ini menganggotai PA pada 2006. ex punk nazi kuala lumpur.


syawal

















syawal merupakan diantara yg terawal menganggotai street team PA. dia merupakan sebahagian dr PA dan banyak menyumbang utk PA.


shen

















shen juga adalah merupakan salah seorang dr street team kami. seorang yg menyokong kuat ideologi kami. thnxs shen


afiq

















kwn drpd kecik smpai la ke besar. slalunye xkan penah miss gig kitorg. antara org kuat kami.


akim

















rakan baik kepada apiq juga rakan baik kami. selalu ade di gigs2 kami. thnxs akim


aken

















ken san pada asl nya adalah seasonist utk PA. kini bekerja sebagai chef makanan jepun di sebuah hotel terkemuka di Qatar. juga penyokong kuat kami


zafe filth

















antara muke penting dalam PA. dlu bertindak sebagai Manager kami. banyak menyumbang utk PA


sadam

















seorang yg universal. juga diantara org kuat kami.


jambul













slalu turun kalau kitorg ade show wlaupun sbnrnye die xbpe nk lyn punkrock.haha. mmg salah seorg dr tulang belakang kami.


amir

















dulu merupakan seorg skinhead tegar.haha.adik kpd syapiq iaitu bassist kami.


afiq tobek

















salah seorg dr tulang belakang kami


majid

















teman baik kami juga merupakan org kuat PA.


kurt chik













kurt chik boleh dikatakan antara penyokong paling kuat kami. sggup dtg jaoh2 berseorangan hanya semata2 utk turun ke show kami. jasamu dikenang kurt chik :)



btw tu lah diantara tulang belakang kami. kpd yg xdimasukkan dlm ni jgn terase hati nnt aku update lg k.aku dah xlarat nk menaip sebenarnye.haha.see you next time :)




amirx : korang boleh add fb diorg dgn klik pada nama mereka. peace

Tuesday, June 21, 2011

muzik dan persepsi rakyat malaysia




SALAM. lme xmenulis, hari ni tergerak hati plak nk menulis. kali ni nk sembang sikit psal pemikiran atau lbh tepat lg persepsi rakyat malaysia berkaitan dgn muzik. seperti yg kite tau skrg, mcm2 jenis genre muzik yg ade dan setiap genre muzik tu membawa 'attitude' yg berbeza.



sekarang aku xnk cerita psal muzik 'mainstream' kat malaysia ni, aku nk cerita psal perjalanan muzik bwh tanah or lebih dikenali sebagai 'underground' kat malaysia ni. xperlu aku rse nk jelaskan panjang2 psal muzik 'mainstream' or 'underground' psl aku tau korg semua pon dah tau. tp ape yg perlu kite bincangkan ialah psl persepsi masyarakat sekeliling psl muzik kite(bace underground) ni.


plague of happines.antara band bwh tanah yg diminati ramai



bile org dgr je yg kite ni lyn muzik punk, punkrock, street punk, hardcore punk, screamo, hardcore, metalcore, black metal, dan mcm2 lg jenis muzik bwh tanah ni, mcm2 persepsi buruk yg akan kite dpt dr masyarakat sekeliling. ade yg cakap bdk2 yg lyn muzik mcm ni mesti teruk, mesti bdk2 yg lyn muzik mcm ni attitude diorg buruk, kaki botol, layan dadah, jd sampah masyarakat merempat tepi2 jalan n banyak lg la pandangan buruk. betul kan? persoalan die ialah knp dan mengapa? jawapan die sbnrnye ade dkt kite, wlaupun bkn semua yg ade attitude buruk tu tp sbnrnye majoriti dari kite yg membuatkan persepsi buruk dr masyarakat buat kite.



ape yg menjadi masalah sebenar ialah bile kite cuba menggabungkan music dgn lifestyle kite. music dan lifestyle kite sepatutnye dipisahkan. ramai yg sgt terpengaruh oleh pengaruh negatif yg dibawa skali oleh muzik itu sendiri. kite pon tau hampir majoriti muzik ni dibawa dr barat dan kehidupan diorg adalah sgt xsame dgn kite. kite punye agama yg berbeza dgn mereka.diorg kalau buat salah boleh hapus dosa dgn buat pengakuan je dkt org yg bertanggungjawab mengampunkan kesalahan diorg. tp kite yg terutamanya beragama islam xdpt nk menghapuskan dosa dgn cara mcm tu. ok sekarang bkn nk ceramah psal agama k, haha. tp bnde ni common sense. semua org pon tau. btw ni bkn statement racist, kitorg menghormati semua agama yg diamalkan so jgn slah faham ok :).



ramai yg salah faham n ckp yg kalau lyn muzik rock kne lah 'mabuk', barulah rock. haha. tp ape yg diorg kne tau air mabuk tu kat barat sne mcm air mineral je. majoriti org kat sne mmg minum air mabuk tu. diorg 'maybe' xberdosa pon minum bnde tu(aku tulis 'maybe' sbb aku xtau psal ajaran diorg so kalau salah sile pelbetulkan). tp kite ni bkn org barat so knp nk kne buat mcm diorg kan. 'mabuk barulah lyn kple der,barulah enjoy', maybe rmai yg beranggapan mcm tu tp ade bnyk lg cara nk enjoy bro selain dr buat bnde tu. kan? btw 'mabuk' yg aku ckp bkn bermakne arak sahaja, dadah pon msuk dlm kategori 'mabuk' jgk kan. so sbnrnye bnde ni la yg kite kne alert spya persepsi buruk tu akan hilang.



aku sememangnya dr dulu xmenyokong penggabungan muzik dan lifestyle, contoh mcm punk, or skinhead (sorry kwn2 bkn nk condemn korg yg ade dlm scene ni tp mmg bnde ni yg sebetul2 nye). terlalu taksub dgn pegangan diorg mcm dah menganut ajaran lain plak kan. xpyh cite aku rse korg pon dah tau ape yg aku mksudkan. sebenarnye ni lah antara masalah kite. sekali lg aku ckp sorry dkt kwn2 yg berada dlm scene ni. kite seharusnya memisahkan cara hidup dan muzik. music is music and lifestyle is lifestyle. kite seharusnya berfikiran lebih matang dlm hal ni. persepsi buruk tu sedar xsedar sbnrnye dtg dari kite sendiri.



bru2 ni aku dgr peminat2 muzik metal melenting dkt 1 majalah ni sbb cerita buruk psal diorg. aku pon xtau cite sgt sebenarnye aku dgr2 cmtu je. so kalau salah tlg betulkan k :). tp skrg kite tgh cite psal persepsi masyarakat. kalau lah salah persepsi diorg sepatutnye korg kne buktikan ape yg diorg anggap tu salah, buktikan yg korang clean dr bnde2 tu. sbb dlu persepsi aku bdk2 metal tegar ni memang act mcm diorg memuja syaitan dlm lgu. tp tu dlu, lps knl dgn rmai bdk2 yg lyn metal ni,lg2 black metal, majoriti diorg sbnrnye xdelah taksub sgt smpai mcm tu skali. tp yg jd masalah ialah masyarakat xtau psal bnde ni sbb diorg xpnh knl or xpnh nk selidik psl bnde ni. diorg just bce dkt media yg rata2 xtau or just 'exposed' golongan 'extremist' je. so mmg tugas korg sbgai pejuang muzik bwh tanah yg lyn muzik metal ni buktikan yg korang bkn mcm yg diorg aggap tu. ade yg cakap, ' ah lantak r, aku xpuja syaitan pon org nk ckp ape pegi mampos,yg penting aku xbuat bnde tu'. sbnrnye aku xsokong org yg berpandangan mcm ni sbb ape? sbb rmai bdk2 yg bru2 nk lyn muzik mcm ni salah anggap dan tersalah jln sbb pk yg lyn muzik mcm ni mesti kne buat bnde2 yg yg xmsuk akal tu. dan jalan terbaik sblm lyn check dlu lirik lgu, jgn pkai bedal je lyn tp tau2 mmg lgu puja syaitan. haha.



bnyak sbnrnye band2 yg membawa unsur positif, mcm 'second combat', aku salute diorg wlupun sbnrnye aku xberape setuju dgn fahaman 'straight edge' tu tp atleast diorg bwk unsur2 positif dlm music. tp yg jd masalah kalau bdk2 yg ikot2  diorg tu xckup 'clean' mcm diorg so mcm mne persepsi msyarakat nk berubah kpd yg lebih positif kan? wlau mcm mne pon aku salute bdk2 yg berjaya memisahkan music dan lifestyle diorg or just ambik yg positif je utk dimasukkan dlm lifestyle diorg mcm bdk2 'sxe' ni. salute spring bro.haha. keep music clean guys :)



xpyh aku nk terangkan panjang lebar lg, aku rse korg pon dah faham ape yg aku cbe nk sampai kan, as conclusion nye ialah muzik dan cara hidup harus dipisah kan. xsalah nk lyn music ape pon yg korg nk aslkan xlari dari landasan sbnr dan masyarakat pon akan pandang positif kalau korg berjaya buktikan yg tanggapan diorg salah. dosa tu antara kite dan tuhan sbb mcm yg kite tau bnde yg melalaikan ni mmg berdose but atleast xdelah smpai sesat kan. haha.
ok guys, thnxs for reading, hope entry ni dpt membantu agar kite same2 dpt mengubah persepsi masyarakat dkt kite. peace. keep on rockin' :)











amirx : kitorg pon sbnrnye xdelah clean mne tp kitorg akan cube memisahkan music dgn lifestyle kitorg. kalau ade tersalah ckp ke sile lah betulkan ok. kitorg pon manusia. xlari dr buat salah. haha

Wednesday, June 15, 2011

perhimpunan aman Bersih 2.0 di kuala lumpur 9 julai ini!



haa kali ni kitorg nk kasi info sikit pasal perhimpunan yang akan diadakan pada 9 julai ini di kuala lumpur. perhimpunan aman Bersih yg pertama tlah berlansung pda 10 november 2007 dan telah dihadiri hampir 100 000 org. perhimpunan bersih yg pertama telah mendapat liputan dari agensi berita timur tengah yg memiliki pusat penyiaran di kuala lumpur. perhimpunan ini dipelopori oleh pihak pembangkang serta ngo(non-government organisation) kat malaysia.



perhimpunan ini telah mendapat liputan yg meluas dr bloggers2 pro dan kontra kerajaan di seluruh malaysia. pihak kerajaan telah memberi amaran yg mne sesiapa yg hadir pada perhimpunan bersih ini dgn memakai bju kuning(warna rasmi bersih) akan ditangkap. tp hal ini tidak melunturkan semangat rakyat yg telah muak dgn sistem korupsi yg ada di malaysia. jom kite tgk ape sebenarnye tuntutan utama yg ade dlm perhimpunan bersih ni :

1. Penyemakan semula daftar pemilih yang lengkap demi memastikan segala kesalahan dan ketempangan yang sedia ada dapat dihapuskan;
2. Penggunaan dakwat kekal untuk menghalang pengundian berganda;
3. Pemansuhan sistem pengundian pos kecuali untuk para diplomat dan pengundi lain di luar negara;
4. Akses media yang adil kepada semua pihak dalam pilihanraya supaya semua parti politik boleh menjelaskan dasar dan manifesto mereka kepada rakyat Malaysia.


yg num 4 tu mmg aku sokong sgt. media kat malaysia ni mmg seharusnya bersikap lebih natural. 2-2 belah pihak tdk kira dr kerajaan atau pembangkang harus diberikan ruang yg sme didalam media. kitorg sememangnya menyokong perhimpunan ini dan berharap dgn adenye nye perhimpunan ini akan dpt membuka mate pihak kerajaan agar berhati-hati sebelum melakukan sebarang tindakan. skang ni korg pon tgk berita, hari2 cerite psl video lucah, naik muak aku tgk berita. berita mcm ni ke yg kerajaan nk jaja utk rakyat? rakyat akan terus bgn dan lwn segala tindak tanduk kerajaan yg slh dan xkan membiarkan sistem korupsi ini terus bermaharaja lela. bkn kami yg menyuruh anda untuk terlibat didalam dunia politik. jd anda seharusnya menunaikan tggung jawab sebagai pemimpin yg dipilih oleh rakyat. buangkan sifat buruk, kalau nk kaye raye jd businessman bkn jd org politik.



harapan kami agar perhimpunan ini dpt berjalan dgn lancar dan berharap peserta tidak melakukan sebarang keganasan atau kerosakan ataupun merosakkan kemudahan awam. di harap agar semua menjaga tingkah laku masing2. pihak kerajaan harus sedar bahawa rakyat kini lbh matang dan sukar utk ditipu. 5-10 thun dlu mungkin semua msh tdo tp skrg semua sdh bgn dan berani meluahkan pendapat wlaupun mendapat sekatan yg hebat dr pihak kerajaan.


kerajaan seharusnya menukar sistem korupsi yg ade skrg ni, atau kerajaan akan diturunkan kelak! btw td aku da tulis pnjg pastu boleh hilang plak. tggl sekerat je. haha hangin betul. tp xpe yg penting korg da fhm ape sbnrnye tujuan perhimpunan bersih ni kan. diharap agar generasi muda khususnya akan dpt membuka mata serta lebih bnyk melibatkan diri kerana kita yg akan mencorakkan mse dpn negara. jgn biarkan kite terus dibuai mimpi indah. selamatkan malaysia!



jom kite tgk video sepanjang perhimpunan bersih 1


sekitar perhimpunan Bersih 1 di kuala lumpur


perhimpunan bersih didalam liputan Al jazeera


ni video promote utk bersih 2.0







amirx : mahasiswa ade berani x turun? hehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...