Wednesday, October 26, 2011

PANAS!! Project Alice adalah sebahagian daripada Malaysian Punk Muslim???



salam.
ni adalah berita yg mengejutkan aku dan beberapa kenalan selepas ramai yg tersalah anggap bahawa kami adalah sebahagian daripada Malaysian Punk Muslim. ditegaskan disini bahawa kami TIDAK/BUKAN menganggotai atau sebahagian daripada mereka malahan ideologi kami juga amat berbeza dgn mereka. diharapkan agar kawan2 semua tidak membuat sebarang spekulasi yg mengaitkan kami dengan ideologi mereka.


ada pun kami berkawan dengan mereka, tetapi ideologi kami adalah berbeza. kami berkawan dengan semua jenis individu tidak kira rupa, bangsa atau agama. adakah sekiranya kami berkawan dengan individu yg beragama selain Islam (cth : Hindu), dan individu ini adalah seorang yg berpegang teguh kepada ajaran agamanya,dalam masa yg sama individu berkenaan menyiarkan kami atau mengenalkan kami kepada rakan2, adakah bererti kami juga merupakan seorang yg berpegang kpd fahaman beliau? atau pun sekiranya kami berkawan dengan seorang punkers, dan individu tersebut menyiarkan kami atau mengenalkan kami kepada rakan2nya, bererti kami adalah Punk??. kami berkawan tapi ideologi kami berbeza. harap semua jelas. hal ini adalah berikutan admin page fb Malaysian Punk Muslim (MPM) memperomosikan kami di page mereka.


btw terdapat beberapa pertelingkahan berlaku didalam page tersebut. aku mmg ade msuk campur and ade comment sikit2. tp aku hanya masuk campur perkara2 yg melibatkan kepercayaan aku. hal ini bermula apabila beberapa org yg menjadi ahli didalam group Murtads in Malaysia and Singapore(click pada nama group utk buka) masuk dan menyoal serta mempertikaikan ajaran Islam. aku tak sekali-kali memberi sebarang comment mengenai ideologi mereka. korang try lah bukak group murtad tu and tgk sendiri ape yg diorg tulis. haha. xsmpai hati aku nk ckp. and sekarang di page MPM tgh sebok di berhujah mengenai ideologi punk diantara admin dan beberapa org punkers.


kami adalah muslim, tapi kami bukan punkers. itu adalah pasti dan xperlu kami ulangi. so mcm mne kami boleh jadi Punk Muslim?haha. btw aku xberminat nk bertekak mengenai ideologi punk. even some people called Sex Pistols and Anti-Flag as a poser because they sign an agreement with recording company. so siapa yg sebenar2 nya punk? haha. kami hanya bermain musik. sila jangan salah sangka. so harap2 perkara ni xberbangkit.


x : Malaysian Punk Muslim tu ape? aku xberani nk memberi sebarang komen mengenai isu ini. aku sendiri masih kurang jelas mengenai mereka. aku xnk cakap pape takut tersalah cakap. korang boleh checkout and tanye sendiri dkt admin page tersebut. and kalau boleh tanyalah dengan cara ilmiah, bukan terus serang je. haha. ciao
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...