Monday, April 30, 2012

Perhimpunan BERSIH 3.0 - Mengapa Aku Menyokong Perhimpunan Ini?




salam

perhimpunan BERSIH 3.0 telah dilansungkan pada 28/4/2012 yang lalu dan telah menarik penyertaan yang begitu ramai sekali ke ibu kota Kuala Lumpur. BERSIH 3.0 juga telah dilansungkan di beberapa bandar dieseluruh dunia. aku juga turut berkesempatan untuk turut serta didalam perhimpunan tersebut.

mengapa BERSIH 3.0 dijalankan?
tujuan asal perhimpunan BERSIH dari siri yang pertama sehinggalah yang ketiga adalah kerana berlaku ketidakadilan didalam sistem pilihanraya di Malaysia. berikut adalah 8 tuntutan BERSIH :

1. BERSIHKAN SENARAI UNDI
2. MENREFORMASI UNDI POS
3. GUNA DAKWAT KEKAL
4. MASA KEMPEN MINIMA 21 HARI
5. AKSES MEDIA YANG BEBAS DAN ADIL
6. KUKOHKAN INSTITUSI AWAM
7. HENTIKAN RASUAH
8. HENTIKAN POLITIK KOTOR

dari perhimpunan yang pertama dan sehinggalah perhimpunan yang ketiga, inilah tuntutan yang dikemukakan. tidak ada penambahan atau pengurangan.




mengapa aku turut serta didalam perhimpunan tersebut?
hal ini banyak dipersoalkan kerana ramai yang terkeliru dengan apa itu perhimpunan BERSIH. secara ringkasnya, aku ikut turut serta didalam perhimpunan BERSIH 3.0 adalah kerana terdapat ketidakadilan didalam sistem pilihanraya di Malaysia. diantara masalah utama ialah terdapat keraguan didalam senarai daftar pemilih yang terdapat didalam simpanan SPR(suruhanjaya pilihanraya) yang mana terdapat banyak pengundi yang diragui(pengundi tidak wujud) telah disenaraikan. hasil dari beberapa siasatan juga mendedahkan pengerusi SPR serta beberapa kakitangan yang bertanggungjawab mengendalikan SPR juga merupakan ahli UMNO yang berjawatan. hal ini amat mendukacitakan kerana SPR ialah badan yang bertanggungjawab mengedalikan pilihanraya di Malaysia dan sepatutnya adalah badan yang bebas dari mana-mana parti politik.

ingin ditekankan disini, majoriti penyertaan rakyat yang menyertai perhimpunan tersebut bukanlah di sebabkan individu seperti Anwar ataupun Ambiga. ini kerana ramai yang mempersoalkan tentang kredibiliti Ambiga yang juga merupakan pengerusi BERSIH 3.0. rata-rata mereka yang menyertai perhimpunan ini juga lansung tidak mengetahui atau tidak mengenali individu ini. jadi isu kredibiliti pengerusi BERSIH 3.0 tidak harus dipersoalkan. rakyat yang menyertai perhimpunan ini hanya menyokong 8 tuntutan tersebut, tidak lebih dan tidak kurang.


aku ingin memberikan satu contoh yang mudah, sekiranya terdapat seorang paderi dipukul oleh seorang yang beragama Islam tanpa sebarang sebab, dan kemudiannya kita datang untuk membantu paderi tersebut, adakah kita dikira sebagai penyokong ajaran paderi tersebut?
ataupun sekiranya kita menyokong Mahatma Gandhi berjuang membebaskan India dari pejajahan barat, adakah kita dikira menyokong ajaran Hindu?
jawapanya adalah TIDAK. hal ini adalah sama dengan yang berlaku didalam perhimpunan BERSIH. rakyat yang menyertai perhimpunan tersebut HANYA menyokong 8 tuntutan yang dikemukakan, bukan lain2 permintaan yang tidak ada kena mengena dengan BERSIH.


selepas perhimpunan BERSIH 2.0, dianggarkan kira-kira hanya 2000 nama dibersihkan dari senarai pengundi. beribu2(mungkin mencecah ratusan ribu) nama pengundi yang diragui masih belum dibersihkan. jadi kerana itu aku mengambil keputusan untuk turut serta didalam perhimpunan ini dan aku mengharapkan agar pilihanraya kali ini dapat dibersihkan.

ramai yang mengatakan bahawa Pakatan Rakyat telah berjaya memenangi 5 buah negeri, adakah itu belum cukup membuktikan kebersihan SPR? jawapannya sangat mudah. kebersihan SPR bukanlah dinilai dengan jumlah kemenangan mana-mana parti. sekiranya Pakatan Rakyat memenangi semua negeri sekalipun, tetapi masih berlaku penyelewangan dan ketidakadilan didalam pilihanraya, aku akan terus-terusan menyokong perhimpunan BERSIH. ini kerana mereka yang tidak menyertai perhimpunan ini rata-rata tidak mengetahui tujuan penyertaan orang ramai didalam perhimpunan ini. ini bukan berkaitan dengan survival mana-mana parti politik, ini adalah berkaitan dengan perjuangan menentang ketidakadilan dan penyelewengan yang berlaku. sekiranya SPR dibersihkan adakah bermakna kerajaan sedia ada akan kalah serta merta? TIDAK. kebersihan SPR akan membawa kepada keadilan didalam sistem pilihanraya. sekiranya kerajaan bijak menguruskan pentadbiran negara tidak mustahil kerajaan sedia ada akan terus diberikan mandat untuk mentadbir negara.

sekiranya mana-mana parti politik ingin menang didalam pilihanraya, menanglah dengan cara yang adil tanpa penyelewangan dan penipuan. adakah anda gembira sekiranya parti yang anda sokong menang walaupun dengan cara penipuan? jika YA adalah jawapan anda, maka lebih baik sistem pemerintahan dinegara kita ditukar dari pada demokrasi berpelembagaan kepada sistem diktator.

amirx : sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, cadangan atau bantahan, boleh dihantar kan ke page FB kami di SINI terima kasih

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...