Saturday, October 13, 2012

ada apa dengan bangsa?

gambar hiasan

Politik Malaysia hari ini cukup meriah dengan gelagat penyokong dan pemimpin dari kedua-dua belah pihak sama ada dari pihak pembangkang atau pun kerajaan. tapi aku tak berminat nak ulas tentang isu politik semasa sekarang ni. cuma ada beberapa perkara yg menarik minat aku terutamanya soal bangsa dan kerakyatan.

gambar hiasan

Isunya ialah berkaitan pemberian warga negara kepada warga asing yg menetap di Malaysia. mungkin ramai yg tak sehaluan dengan aku dlm isu ni tapi macam mana pun aku tetap menghormati pandangan orang lain. aku melihat hari ini banyak pihak yang bangkit dalam menentang sifat perkauman dan itu adalah sesuatu yang amat baik. ramai yang mula buka mata terhadap isu ini serta ikut ambil peduli dalam menentang sifat perkauman. ramai yang mengajak kepada politik yang lebih luas berbanding politik sempit perkauman.

Akan tetapi amatlah mendukacitakan apabila ramai yang menganggap perkauman itu hanyalah diantara kaum Melayu, Cina dan India serta kaum peribumi lain di Sabah dan Sarawak sahaja. tak boleh kalau kaum Melayu mengeluarkan perkataan yang kurang baik kepada kaum Cina atau India atau Iban atau Kadazan atau pun kepada masyarakat peribumi yang lain dan begitu jugalah sebaliknya. memang betul. akan tetapi boleh kita mengeluarkan perkataan kurang baik kepada pekerja Bangla, Indonesia, Nepal, Myanmar, Thailand, dan yang seangkatan dengannya yang menetap di Malaysia? jawapannya juga adalah TIDAK BOLEH.

gambar hiasan

Ramai yang bangkit mempersoalkan tindakan kerajaan memberikan kerakyatan kepada warga asing. aku punya pandangan yang berbeza, aku tidak punya sebarang masaalah dalam hal ini. tidak kira siapa pun atau apa pun bangsa mereka, aku rasa mereka punya hak mendapatkan kerakyatan. dan aku memuji tindakan kerajaan memberikan mereka kerakyatan kepada mereka yang dah bertahun-tahun menetap di Malaysia. kau menentang perkauman tapi juga menentang kerakyatan yang diberikan kepada kaum lain, mereka yang telah menetap bertahun-tahun di Malaysia, melakukan kerja yang kau rase tak ada standard, perkauman jenis apa yang sebenarnya kau cuba tentang?dunia ini adalah hak pencipta dan DIA tidak menciptakan Malaysia untuk kaum Melayu sahaja, atau untuk kaum Cina sahaja, atau India sahaja. juga Malaysia bukan untuk kaum Melayu, Cina, India dan peribumi sahaja. sebab bagi aku, semua orang punya hak yang sama. tak boleh seorang Melayu cakap Cina bodoh tp boleh cakap mamak or Bangla bodoh?maaf tp itu adalah mentaliti yang salah bagi aku. 

Isu sebenar yang harus ditentang bukan pemberian kerakyatan kepada warga asing, tetapi paksaan kepada mereka yang diberi kerakyatan supaya menyokong kerajaan sedia ada(UMNO/BN). kerana siapa pun mereka, setelah diberikan kerakyatan, mereka punya hak yang sama sebagai rakyat Malaysia. ini yang seharusnya ditentang. maaf sekiranya pendapat aku berbeza dengan orang lain akan tetapi ini adalah apa yang aku rasa. aku tak punya masaalah bagi mereka yang memperjuangkan bangsa, tetapi yang menjadi masaalah ialah apabila ianya berlebihan.

TERIMA KASIH.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...