Monday, September 26, 2011

sejarah ringkas Anti-Flag



salam
dah puas aku tulis pasal kejadian sekeliling kita. ade yg kelakar ade yg buat kite rasa marah n ade yg menyedihkan kite. hari ni aku xnk tulis pasal bende2 tu semua. aku kali ni nk cerita pasal band yg bg influence besar dlm pengaruh musik kitorg dan juga antara pengaruh yg besar dlm ideologi kami. mereka ialah Anti-Flag. selain drpada band seperti Rise Against, anti-flag juga memberi pengaruh yg besar dalam music kami, serta memberi sedikit impak kedalam perjuangan kami(Project Alice). walaupun gaya musik dan vokal kitorg agak berbeza dgn mereka akan tetapi mereka telah memberi impak yg agak besar dlm pengaruh musik kitorg.siapa anti-flag?berikut adalah sejarah ringkas penubuhan anti-flag :

anti-flag adalah sebuah band punkrock yg telah ditubuhkan sejak tahun 1988, dan band ini ditubuhkan di Pittsburgh,  Pennsylvania, Amerika Syarikat. mereka merupakan sebuah band yg dikenali ramai kerana kelantangan suara mereka meluahkan pendapat didalam lagu mengenai sistem politik di Amerika. mereka juga banyak menulis lagu menentang peperangan, diskriminasi terhadap individu(termasuk lah diskriminasi kaum), salah guna kuasa, ketidak sama rataan didalam pemberian gaji pekerja dan bermacam2 lg isu2 utama di Amerika.

logo yg dicipta oleh gitaris mereke Chris Head

Pengasas kepada band ini ialah penyanyi utama mereka(juga merupakan gitaris) iaitu Justin Sane dan drummer mereka Pat Thetic yang kemudian nya diikuti oleh gitaris mereka Chris Head dan bassist Chris2#(Chris#2 menggatikan tempat yg ditinggalkan oleh Andy Flag pada 1997). pada asal nya pemain bass mereka merupakan adik kepada Justin Sane iaitu Lucy Fester tetapi mereka berpecah selepas hanya bermain di satu persembahan. Justin dan Pat kemudian nya kembali menghidupkan anti-flag pada 1993 dimana Andy Flag menjadi bassist pada ketika itu.

cover album pertama mereka 'Die For The Government'

antara album terawal mereka ialah Die For The Government(1996) dan Their System Doesn't Work For You(1999). mereka pada awalnya bernaung dibawah syarikat rakaman New Red Archives(sebuah syarikat rakaman yg berasal dari San Francisco). bagaimana pun pada 1998 mereka telah menubuhkan syarikat rakaman sendiri bergelar A-F Records dan album mereka yg kedua 'Their System Doesn't Work For You' dikeluarkan oleh mereka sendiri dibawah label A-F Records. perkenalan dengan Fat Mike(vokalis/bassist bg NOFX) semasa menjayakan Vans Warped Tour pada 2000 mencetuskan persahabatan buat mereka(Fat Mike memiliki sebuah record label bergelar Fat Wreck Chords). mereka telah bekerjasama merekod 2 album Anti-Flag. mereka juga banyak bekerjasam dengan produser lain dan telah menghasilkan album seperti:
-Underground Network (2001)
-Mobilize (2002)
-The Terror State (2003)
-For Blood and Empire (2006)
-The Bright Lights of America (2009)

salah satu iklan untuk aktivis haiwan (PETA)

anti-flag telah terlibat secara lansung didalam banyak antiviti keamanan sepanjang karier mereka. mereka telah menubuh kan beberapa group aktivis seperti 'The Undeground Action Alliance', 'Military Free Zone' dan 'The Bright Light' dan kumpulan aktivis ini ditubuhkan bertujuan untuk memberikan protes kepada sebuah akta yg membolehkan tentera mengakses kepada maklumat peribadi pelajar(akta itu digelar 'No Child Left Behind Act'). mereka telah terlibat secara lansung dalam 3 siri protes terhadap akta tersebut dan 2 daripada nya bersama sebuah lagi band bergelar Rage Against The Machine. pada 2008 mereka telah menjadi artis undangan dan membuat persembahan tanda protes di luar National Republican Convention.

selain itu, anti-flag juga menganggotai serta memberi sokongan di dalam beberapa badan politik dan aktivis seperti Democracy Now!PETA(aktivis haiwan), Amnesty International(human right) dan Greenpeace(aktivis alam sekitar).

beberapa klip video lgu daripada anti-flag :

anti-flag - This is the end(for u my friends)


anti-flag - underground network (live)


anti-flag - the bright light of america


persembahan bg menyokong protest pelajar di Vienna bg mendapatkan pelajarn percuma dan adil


x : btw korg boleh checkout laman web rasmi anti-flag di http://www.anti-flag.com/

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...