Friday, September 23, 2011

Malaysia, kemerdekaan dan isu perkauman



salam guys. lame xupdate blog hari ni tibe2 rse mcm nk taip2 plak. haha. lately agak busy sikit so xdpt nk post entry bru. skang ni pon tgh final exam. so korang ape cer?sihat?

bru2 ni kitorg bru lepas perform utk MASIF(music.art.style international festival) 2011 yg berlansung di KLCC dan alhamdulillah everything semua ok. xde masalah pape n thnxs jgk utk kwn2 yg hadir memeriahkan suasana.

before ni aku ade terbace sikit pasal isu kemerdekaan negara lepas isu mat sabu dikaitkan dengan komunis hangat dipermainkan. sebenarnye isu ni bagus jugak diketengahkan supaya rakyat lebih membuka mata tentang isu sejarah Malaysia yang selama ni just dipandang sebelah mata rakyat2 generasi baru.



'Sejarah ditulis oleh mereka yang menang'.baris ayat ni memang sangat2 lah membawa maksud yang sangat mendalam kerana semememangnya kebanyakan sejarah termasuklah sejarah dunia terutamanya yg ditulis dibuku2 teks sekolah ditulis bg mengangkat 'mereka2' yang menang. 'menang' bukan just dari segi peperangan tp juga menang dr segi politik, pemikiran, kawalan terhadap sistem2 institusi, kawalan terhadap sistem2 pentadbiran n yg selainnye.

and yg paling make sense sekali ialah UMNO di war2 kan sebagai antara pejuang terulung dalam mencapai kemerdekaan di malaysia. kami tidak menyangkal dakwaan ini dan UMNO sememangnya antara tulang belakang didalam kejayaan mencapai kemerdekaan. tp UMNO hanyalah diantara salah 1 tulang belakang itu. dimana pejuang2 lain diletakkan? dimana parti2 lain seperti PKMM, MDU, API, AWAS, SEDAR dan parti2 lain yang memperjuangkan kemerdekaan? mengapa mereka tidak diangkat seperti UMNO? sedangkan mereka telah pun melaungkan slogan 'MERDEKA!' dikala UMNO masih melaungkan 'HIDUP MELAYU!'. mereka juga adalah wira. mereka bermandi darah,diseksa,dicerca,dipenjara dan ade diantara mereka yang dibunuh kerana berjuang menuntut kemerdekaan.



PUTERA-AMCJA membentangkan Perlembagaan Rakyat bagi menggantikan Perlembagaan Federation yang dibentangkan British untuk menubuhkan persekutuan tanah melayu. antara usul Perlembagaan Rakyat yg paling 'aku' sokong ialah 'kewarganegaraan dengan rupa bangsa kebangsaan melayu'. apa yang dimaksudkan dengan 'kewarganegaraan dengan rupabangsa melayu' ni? it's mean semua penduduk Malaysia yang mendapat status kerakyatan akan digelar sebagai 'Melayu'. mungkin statement ini agak keterlaluan bg mereka yang mindanya tertutup. kenapa 'aku' menyokong usul ni?

firstly, ini adalah kerana ianya akan melupuskan sedikit demi sedikit unsur2 perkauman diantara penduduk diMalaysia. perjuangan menentang perkauman diMalaysia tidak akan berjaya selagi 'Melayu' di panggil 'Melayu','India' dipanggil 'India' dan 'Cina' dipanggil 'Cina', n begitu jugak la bangsa2 lain kat Malaysia ni. kerana ape? ini kerana selagi bangsa ini dibeza2kan, selagi tu perasaan perkauman akan ade dalam pemikiran rakyat Malaysia. buat la sejuta kempen menentang perkauman sekali pun, unsur perkauman tetap akan ade dalam hati setiap penduduk Malaysia. even dalam diri aku sekali pun. it's all about our mindset.

secondly, mungkin ramai diantara org2 Melayu akan mengatakan bahawa mereka(selain Melayu) xboleh digelar Melayu sebab Melayu itu Islam(atau lebih tepat lagi mestilah beragama Islam). ini adalah diantara faktor yg dijadikan alasan bg menentang usul ini(ok mungkin  isu ini agak sensitif, diingatkan supaya baca sampai habis). Islam is Islam dan Melayu is Melayu. xde walau 1 ayat pon dalam Al - quran yg mengatakan bahawasanya Melayu itu Islam. sedangkan ada juga org yg berbangsa Arab tidak beragama Islam. buka mata dan buka minda. Islam bukan untuk org Melayu sahaja, Islam untuk semua xkire bangsa apa pun kite. Cina ke, Melayu ke, India ke, or ape2 juga bangsa kite, Islam untuk semua. n salah satu perkara yang menghalang perhubungan or komunikasi diantara kita adalah kerana faktor perkauman. komunikasi antara Melayu, Cina, India dan kaum2 lain adalah terbatas. sekira nya kita semua digelar Melayu, sedikit demi sedikit perasaan perkauman akan pudar dr hati dan pemikira kita. kita akan lebih mudah berkomunikasi. dan penyebaran agama Islam akan menjadi lebih mudah. tidakkah begitu??

thirdly, bukan je just dapat lebih keharmonian hidup, tetapi jugak kite akan dapat maju bersama2 dari segi ekonomi. tidak ada lagi isu Melayu lebih miskin dari Cina dan India lebih miskin dari Melayu. sekiranye perpaduan selepas 'kewarganegaraan dengan rupa bangsa Melayu' dapat dicapai, kita sama2 akan dapat merasai kemajuan dari segi ekonomi. tidak ada lagi istilah 'Cina tolong Cina' dan 'Melayu tolong Melayu'. kita akan sama2 dapat bantu membantu diantara 1 sama lain.




btw ini just pandangan aku dan masing2 mempunyai pendapat masing2. kami menghormati setiap pandangan dari setiap perspektif. so same2 kite kongsi pendapat agar kita sama2 dapat membuka mata dan minda. jumpa lg. salam. chow.
-x-

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...